Agenda perpaduan Melayu melalui PPBM adalah agenda bersama Mahathir dan Lim Kit Siang

Agenda orang-orang Melayu dan umat Islam bersatu dalam satu parti PPBM dikhuatiri merupakan AGENDA BERSAMA Mahathir dan Lim Kit Siang.

Kedua-duanya bertemu pada 3 Julai 2019 dan Mahathir mengumumkan agar orang-orang Melayu dan umat Islam bersatu dua hari kemudiannya (5 Julai 2019 – semalam). [1] [2]

Selaku Pengerusi Pakatan Harapan yang mempunyai bilangan kerusi minoriti, Mahathir tidak mempunyai pilihan melainkan mencetuskan isu perpaduan umat Islam melalui PPBM dengan beberapa alasan.

Antaranya adalah untuk memperkuatkan kedudukan orang-orang Melayu dan umat Islam di dalam parti (PPBM) dan kerajaan agar dapat mengekang dominasi DAP.

Hakikatnya ia adalah AGENDA BERSAMA Mahathir dan Lim Kit Siang.

Sekiranya Mahathir benar-benar inginkan perpaduan di kalangan orang-orang Melayu dan umat Islam, terdapat beberapa langkah yang perlu dan boleh beliau lakukan.

PERTAMA, BUBARKAN PAKATAN HARAPAN.

KEDUA, GUGURKAN SEMUA REKAYASA PENDAKWAAN TERHADAP MUSUH-MUSUH POLITIK BELIAU DAN PAKATAN HARAPAN

KETIGA, BUKA SEMULA KERTAS SIASATAN DAN PERBICARAAN ULANGAN TERHADAP MENTERI DAN PARA PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN YANG TELAH MENGHADAPI PERBICAFAAN MAHKAMAH SERTA SIASATAN PIHAK BERKUASA

KEEMPAT, ROMBAK DAN STRUKTUR SEMULA ENTITI-ENTITI EKONOMI, AGENSI KERAJAAN SERTA DASAR-DASAR SEDIADA KEPADA DASAR-DASAR YANG PRO RAKYAT

KELIMA, SERTAI SALAH SATU ANTARA PARTI UMNO DAN PAS.

TANPA salah satu atau sebahagian besar dari perkara-perkara di atas dilakukan oleh Mahathir dan PPBM, ia hanyalah bersifat AGENDA BERSAMA & TERKINI beliau dan Lim Kit Siang untuk mengukuhkan Pakatan Harapan.

Mahathir perlu membuktikan kejujuran dan komitmennya yang mahu kepada perpaduan Melayu Islam dengan melakukan perkara-perkara di atas.

Rujukan:

[1] Kit Siang jumpa Dr Mahathir 45 minit
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/580205/kit-siang-jumpa-dr-mahathir-45-minit

[2] Tun Mahathir pelawa semua parti politik Melayu sertai Bersatu
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/tun-mahathir-pelawa-semua-parti-politik-melayu-sertai-bersatu-1.930852

https://umno.huluselangor.net/tag/mahathir