Wanita gesa kes kematian Muhammad Adib diambil tindakan pendakwaan dengan segera.

1. Wanita UMNO mendesak Peguam Negara, Tommy Thomas agar peka dan prihatin dengan gesaan akar umbi yang mahu kes kematian Muhammad Adib Bin Mohd Kassim 
diambil tindakan pendakwaan dengan segera.

2. Kegagalan Tommy untuk berbuat demikian hanya akan menyebabkan kredibiliti Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terjejas dan bertambah buruk di mata rakyat.

3. Peguam Negara perlu bertindak secara adil dan dalam kes kematian Muhammad Adib, seluruh rakyat Malaysia mahu melihat sistem perundangan negara serta institusi kehakiman benar-benar ditegakkan.

4. Pada masa yang sama, Kerajaan PH sering mencanangkan slogan Rule of Law. Justeru, tidak ada alasan lagi bagi Jabatan Peguam Negara untuk melengah-lengahkan pendakwaan kes kematian Muhammad Adib.

5. Justice Delayed Is Justice Denied. Tindakan Tommy melengah-lengahkan pendakwaan terhadap mereka yang dipercayai bertanggungjawab menyebabkan kematian Muhammad Adib disifatkan sebagai menafikan hak dan keadilan mangsa.

6. Rakyat sedang ‘tunggu dan lihat’ adakah Tommy berani melaksanakan tugasnya tanpa tunduk kepada mana-mana tekanan atau campurtangan politik.

Kenyataan Media
Datuk Dr Noraini Ahmad,
Ketua Wanita UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Parit Sulong

Justice Delayed Is Justice Denied.
Dr Noraini Ahmad,
Ketua Wanita UMNO Malaysia