Sunday, September 22, 2019
Home :BLOG Ayuh! Umno Jangan Goyah

Ayuh! Umno Jangan Goyah

‏TIMBALAN Presiden UMNO, DATUK SERI MOHAMAD HASAN menjadi tumpuan selepas presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, 65, menghadapi pendakwaan kes di mahkamah.

Dalam temubual setengah jam bersama wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLI JALIL di sebuah restoran di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur malam kelmarin, Mohamad, 62, tidak mahu sangat menyentuh mengenai kedudukan Ahmad Zahid.

keadaan disarray. Padahal, dengan kedudukan parti yang memiliki kerusi Parlimen Melayu terbesar, ahli parti teramai serta struktur organisasi yang tersusun, situasi ‘kelam-kabut’ itu sepatutnya tidak berlaku.

Bahkan, UMNO katanya, mampu menjadi pembangkang yang terbaik dalam situasi hala tuju
kerajaan Pakatan Harapan (PH) khususnya gelagat sebahagian menterinya yang agak ‘berserabut’.

Mohamad lebih gemar memandang ke depan untuk membawa UMNO mengharungi cabaran politik tanah air yang tidak menentu hari ini.