Bajet 2020 ini akan lari dari sasaran defisit 3.0% yang diberi oleh kerajaan PH tahun lepas – Najib Razak

Saya ramal bajet 2020 ini akan lari dari sasaran defisit 3.0% yang diberi oleh kerajaan PH tahun lepas – mungkin defisitnya akan antara 3.2% hingga 3.4%

Defisit dalam bajet maksudnya perbelanjaan adalah lebih tinggi dari hasil.

Lagi tinggi defisit, lagi banyak hutang baru dipinjam.

Ini kerana PH tahu sokongan terhadap mereka sudah menjunam teruk ke 35% sahaja dan mereka perlu abaikan hutang negara yang kuat meningkat di bawah mereka dengan menaikkan bantuan kepada Rakyat untuk tahun depan supaya boleh mendapat kembali sedikit sokongan.

PH tak pandai menjana keuntungan dan hasil untuk negara kerana asyik jual aset yang memberi pulangan tinggi dan menjarah PETRONAS.

Oleh itu, kaedah mereka menaikkan sedikit bantuan kepada Rakyat adalah dengan menaikkan defisit negara dan meminjam lebih banyak hutang baru.

Mereka tidak lagi kisah tentang hutang negara dan akan membiarkan hutang negara untuk menepati visi mereka untuk benar-benar capai RM1 trilion.

Mereka tidak lagi kisah penarafan kredit negara akan diturunkaan atau kisah tentang masa depan negara di mana hutang menjadi lagi tinggi tetapi aset-aset yang menjana keuntungan untuk negara untuk membayar balik hutang sudah bersih licin dijual.

Sebelum PRU14, defisit kerajaan turun 8 tahun berturut-turut walaupun bantuan kepada Rakyat meningkat setiap tahun.

Tetapi defisit ini dinaikkan semula oleh kerajaan PH untuk tahun 2018 dan 2019.

Defisit untuk tahun 2020 di bawah PH pun akan lebih tinggi berbanding masa BN.

Perlu ingat bahawa hutang negara sudah naik disekitar RM120 bilion sejak PH memerintah.

Kalau kita anggarkan defisit tahun depan cuma 3.2% sahaja, hutang baru yang perlu dipinjam adalah melebihi RM52 bilion.

Jika hutang bertambah purata RM55 bilion setiap tahun, hutang baru yang ditambah oleh PH selepas 5 tahun untuk penggal ini adalah sekurang-kurangnya RM275 bilion.

Jadi, hutang langsung negara sebanyak RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 akan meningkat menjadi RM962 bilion.

Itupun jika PH tak bertambah desperate lagi untuk memulihkan sokongan Rakyat dalam tahun-tahun mendatang.

Kita tengok dan lihat jika ramalan saya betul apabila Menteri Kewayangan mengumumkan bajet 2020 petang ini.

Facebook Najib Razak