#Bajet2019 hukuman kepada rakyat luar bandar – Ketua Penerangan UMNO Malaysia

Rakyat Malaysia dan semua ahli UMNO perlu ambil iktibar dari apa yang berlaku natijah dari PRU-14.

UMNO dan BN selama ini memperjuangkan kepentingan semua kaum, baik Melayu, Cina, India, Siam, Orang Asli dan lain-lain termasuk masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak.

Saya percaya UMNO yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara ini mampu bangkit menjadi lebih kuat jika kita terus berpadu.

Inilah kali pertama belanjawan negara dibentang oleh pemimpin DAP.

Kalau diteliti belanjawan 2019 . Ini adalah suatu bentuk hukuman kepada rakyat diluar bandar yang kebanyakannya tidak menyokong Kerajaan PH di PRU14 lalu.

Secara serius tidak disebut dalam Bajet 2019 bagaimana untuk membela kaum nelayan, petani dan pekebun kecil yang kebanyakannya Melayu dan bumiputra yang tinggal di kawasan luarbandar

Kita boleh saksi dan dapat lihat mereka tidak menunaikan janji PRU14 dalam Bajet 2019.

Saya mantan Pengerusi PTPTN. Saya tahu banyak perkara mengenai PTPTN. Apa yang mereka kata tidak baik sebelum ini mengenai PTPTN, hari ini mereka teruskan. Ini bermakna apa yang PTPTN buat selama ini di zaman Kerajaan BN adalah betul.

Dulu mereka berjanji tak perlu bayar PTPTN selagi gaji belum melepasi RM4,000 sebulan. Namun dalam belanjawan 2019 mereka tetap dan wajibkan anak muda yang meminjam PTPTN perlu bayar hutang bila gaji RM1,000 sebulan. Ini bermakna mereka membohongi anak muda.

Justeru itu, seluruh jentera UMNO perlu mendekati dan menyelami suara hati rakyat terutama orang Melayu supaya bangkit bersama. UMNO mesti jadi parti yang berjuang dan membela rakyat secara keseluruhannya.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia