#Belanjawan2020: Peruntukan projek keusahawanan untuk Bumiputera separuh daripada yang di perolehi usahawan Cina

Netizen mempertikaikan peruntukan bagi projek keusahawanan untuk Bumiputera yang bernilai separuh dari yang diterima oleh usahawan Cina.

Pecahan peruntukan adalah sepertu berikut:

Bumiputera: RM50 juta diuruskan oleh Peneraju dibawah kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Cina: RM100 juta diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional.

India: RM20 juta dIbawah TEKUN.

……..

Petikan dari ucapan belanjawan:

58. >>RM50 juta untuk program keusahawanan di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

59. Berbanding pentadbiran dahulu yang memberikan pinjaman kepada peniaga kecil melalui koperasi yang berunsurkan politik, pentadbiran Pakatan Harapan mengasingkan unsur politik daripada pembiayaan, >>dengan menyediakan pinjaman sebanyak RM100 juta di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan Kecil Komuniti Cina. Pembiayaan ini akan diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) yang mempunyai lebih 380 cawangan di seluruh negara dengan kadar faedah empat peratus setahun.

60. >>Bagi usahawan etnik India, Kerajaan akan menyediakan pinjaman sebanyak RM20 juta di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India, TEKUN Nasional yang dijangka memberi manfaat kepada 1,300 usahawan India juga dengan kadar faedah empat peratus setahun.