#Bossku Luar Biasa di Gerbang Malam

Kebiasaan hujung minggu Jalan Dato Tahwil Azhar akan dihadiri pengunjung-pengunjung yang berjalan malam membeli belah atau jalan santai hingga awal pagi. Mungkin tak kenal nama begitu, ia digelar pula dan popular kalangan orang Ipoh sebagai Gerbang Malam.

Turun saja DS Najib Razak, sambutan diberikan hangat dan luar biasa beriring laungan Malu Apa Bossku! Kesesakan itu tidak menghalang DS Najib menyantuni rakyat lapisan umur dan kaum hadir malam ini. Swafoto, bersalaman, menandatangani nota segelintir pengunjung dan kunjungi gerai.

Berbaju merah jambu dan wajah ceria memegang helmet di gerai Brader Mior dan dilimpah lagi laungan #MaluApaBossku. Kehangatan dan kesesakan hadiran pengunjung dari lorong-lorong gerai hingga ke jalan besar menimbulkan lagi aura DS Najib. Ini memang luar biasa.

Akhir acara DS Najib menikmati hidangan di Hang Out Cafe bersama beberapa pemuda-pemuda. Sebelum memulakan nikmati juadah, masih orang awam ingin berswafoto bersama DS Najib. Keceriaan luar biasa di Gerbang Malam!

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/sBW-L9F4_gw