Daim gesa rakyat tukar keraaan PRU-15

Bila kita baca sambil lalu kenyataan Daim iaitu menggesa rakyat tukar kerajaan pru15…seperti Daim ini sudah tak menyokong kerajaan yang ada sekarang ini pada hal dia adalah pengerusi penasihat ekonomi negara yang dilantik oleh mahathir.
Sebenarnya inilah gerak saraf paling halus Daim untuk memperkuatkan parti PPBM(bunger) untuk menarik ahli2 umno yang seramai 3 juta keluar dari UMNO dan menyokong PPBM.

Sudah pasti bila Daim buka mulut mengeluarkan kenyataan itu penyokong mahathir akan menyambut kenyataan Daim dan mengwar2kan.
Ahli2 UMNO majoriti punyai jati diri semangat UMNO yang begitu tebal. Tidak mudah melatah dan berganjak bila ada pemimpin2 UMNO yang melompat parti dan mengistiharkan diri keluar dari UMNO.
Mahathir menjangkakan pada awalnya jika pemimpin2 UMNO yang keluar dari UMNO dan melompat parti akan membawa pengikut2nya sekali, rupa2nya sangkaan mahathir meleset. Ahli2 UMNO di akar umbi lebih kental dan bersemangat dari pemimpin2 UMNO yang melompat parti PPBM.

Nampaknya Daim diberi tugas gerak saraf untuk mempengaruhi ahli2 UMNO masuk PPBM dengan permulaan langkah pertama membuat kenyataan halus mengajak rakyat menukar kerajaan pada pru15.

Harapan aku ahli2 UMNO tidak mudah terpengaruh kenyataan Daim ini…kenyataan nya yang ada udang disebalik batu.
Sebenarnya usaha Daim hanyalah satu perkara sahaja iaitu memperkukuhkan kuasa mahathir dan menjadikan parti PPBM sebagai kuasa dominan.

Apakah ahli2 umno mahu parti UMNO berkubur dan menjadikan PPBM sebagai kuasa politik baru yang sebagaimana kita tahu PPBM ditubuhkan kerana satu niat nak menjatuhkan pemimpin UMNO terdahulu iaitu DS Najib yang banyak berjasa pada rakyat Malaysia khususnya pada orang melayu dan kita sedia maklum tertubuh PPBM ada lah agenda peribadi mahathir untuk menyelamat legasi kekayaan keluarganya. PPBM tak ada asas perjuangan untuk rakyat dan agama malah kebanyakan dasar perlembagaan parti meniru perlembagaan UMNO. Bermakna PPBM adalah parti tempelan sahaja bukan asli.

Berbeza dengan parti UMNO yang mana asas perjuangan yang tak pernah berubah dulu kini dan selamanya iaitu agama bangsa dan tanah air dan juga UMNO direstui oleh para ulamak fuqaha dan sufiah, raja2 melayu serta suku kaum melayu seluruhnya semasa UMNO hendak ditubuhkan. Perjuangan UMNO jelas untuk agama bangsa raja melayu dan tanah melayu ini.

Harap tiada siapa ahli2 UMNO terpengaruh permainan kata2 halus Daim.

Sepatutnya kita ahli UMNO berusaha menghancurkan PPBM kerana parti ini juga penyumbang perpecahan kaum melayu dan kini punyai kerajaan baru yang penuh dengan tipu daya serta membawa rakyat ke arah penyiksaan dalam kehidupan harian.

#tumbangkankerajaanph
#bangkitmelayu
#mahathirwajibditumbangkan