Kajian: PH belum kuasai undi Melayu, gagal urus persepsi

Pakatan Harapan (PH) masih belum menguasai undi Melayu, menurut kaji selidik Ilham Centre.

Hasil kaji selidik mendapati penerimaan orang Melayu terhadap PH masih minimum dan rapuh ditambah kerjasama yang terjalin di antara PAS dan Umno.

“Walaupun masih terlalu awal dan tidak bisa diukur secara kolektif, sekiranya PH tidak bertindak balas dengan kadar segera maka gabungan ini akan mampu menyaingi kerana isu-isu sedia ada waktu ini berpihak dan positif kepada pembangkang,” menurut Ilham Centre.

PAS dan Umno memeterai perjanjian minggu lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini selepas setahun PH menguasai Putrajaya.

Kajian berkenaan juga mendapati PH gagal menguruskan perang persepsi di medium konvensional dan digital.