Kami akan terus berjuang – Zahid Hamidi

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN UMNO

1. Saya tidak akan tunduk kepada desakan segelintir orang yang mahu saya mengundurkan diri. Saya akan patuh kepada hanya Peraturan & Perlembagaan Umno yang menentukan, jika 2/3 perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno Khas menentukan untuk saya mengundurkan diri.

2. Saya juga akur dengan permintaan ahli-ahli akar umbi yang mahu agar Umno terus dimantapkan dan mendokong Umno semula selepas PRU14.

3. Saya yakin masih ramai yang mahu terus bersama Umno, biarpun Umno sebagai parti pembangkang. Malah sokongan kian bertambah agar Umno semakin perkasa.

4. Umno akan bekerjasama dengan PAS untuk terus menterjemahkan agenda Islam dan Melayu serta menghormati kepelbagaian agama dan kaum di negara ini.

5. Eratkan lagi kerjasama dengan PAS. Ini yang rakyat sangat gembira untuk orang Melayu dan Islam.

6. Umno juga menolak kerjasama dengan DAP dan tidak akan berkompromi dengan agenda yang meminggirkan Islam dan Melayu dilakukan secara halus atau terang-terangan.

7. Ahli-ahli Umno di semua peringkat hendaklah merapatkan saf dan mengenepikan sebarang perbezaan pendapat dan pendirian demi penyatuan Umno untuk melunaskan tanggung,-jawab kepada agama, bangsa dan tanahair.

8. Tumpukan untuk menang semula menjadi kerajaan pada PRU15. Kita tumpukan agenda kita. Itu yang lebih baik.

DATO SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
Presiden UMNO
15 Disember 2018