Kami mahu menjadi anggota bebas sementara waktu- Masidi

Kita telah menyatakan mahu menjadi anggota Bebas buat sementara waktu dan mengambil masa untuk muhasabah sebelum memutuskan haluan politik kami seterusnya

Bekas pemimpin UMNO terdiri daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertindak keluar UMNO menzahirkan untuk menjadi anggota Bebas.

ADUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pihaknya menyambut baik semua tawaran itu tetapi mahu mengambil masa untuk menentukan hala tuju parti.

“Kita melihat tawaran yang dibuat Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal untuk menyertai partinya dengan hati terbuka tanpa apa-apa prasangka.

“Bagaimanapun kita telah menyatakan  mahu menjadi anggota Bebas buat sementara waktu dan mengambil masa untuk muhasabah sebelum memutuskan haluan politik kami seterusnya,” katanya 

Pelbagai persepsi keluarnya pemimpin UMNO Sabah baru-baru ini termasuk penyertaan mereka ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang akan di bawa ke Sabah dalam tempoh terdekat.

Bagi meredakan rasa kurang senang di kalangan pendokong Warisan di Sabah, Mohd. Shafie mengambil peluang untuk mengajak bekas pemimpin UMNO menyertai Warisan dan  tanpa meletakkan sebarang syarat untuk menerima kemasukan 14 bekas wakil rakyat UMNO itu.

Anwar Presiden PKR serta beberapa pemimpin DAP menyelar kemasukan pemimpin UMNO dalam PPBM. Mereka mengganggapnya satu pengkhianatan. Mohamad Sabu Presiden Amanah dilaporkan tiada halangan manakala Lim Kit Siang akhirnya  ‘U-Turn’ untuk bersedia menerima pemimpin UMNO itu.