Kantoi… Memang terbukti rejim PH kutip 30 sen untuk RON95

Kerajaan telah mengutip cukai petrol secara senyap-senyap sebanyak 29.81 sen seliter selama dua bulan.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, jumlah kutipan itu hampir 30 sen seperti yang didakwa olehnya sebelum ini tetapi dinafikan oleh Lim Guan Eng.

Sebaliknya, Menteri Kewangan pula menuduh Presiden MCA itu menipu.

“Baru tadi (semlam), Guan Eng mengumumkan harga petrol RON95 turun sebanyak 27 sen satu liter kepada RM1.93 satu liter tetapi ini termasuk kenaikan margin keuntungan kepada pengusaha stesen minyak sebanyak 2.81 sen untuk RON95.

“Ini bermaksud bahawa cukai petrol yang dikutip dengan senyap-senyap oleh kerajaan Pakatan Harapan ini ialah 29.81 sen satu liter, iaitu hampir sama dengan 30 sen satu liter yang Guan Eng tuduh saya menipu,” katanya dalam satu kenyataan.

Lantaran itu, Ka Siong meminta Guan Eng tidak berbohong lagi kepada rakyat pada masa depan berhubung harga RON95.

Tambah Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, kerajaan Pakatan Harapan menurunkan harga petrol mulai semalam atas desakan pembangkang dan disusuli oleh rayuan oleh bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Semua kata harga petrol semasa sepatutnya pada paras sekitar RM1.90 seliter, sebab itu angka ajaib 30 sen berdasarkan formula RM2.20 – RM1.90, maka jawapannya mudah diperolehi. Yang diminta 30 sen dan diturunkan pun 30 sen, maka ianya bukan secara “kebetulan,” ujarnya.

Tegas Ka Siong, isu harga petrol RON95 bukan seperti derma Tabung Harapan, yang mana sesiapa yang berkemampuan boleh menyumbang.

Tetapi, caj yang ditetapkan oleh kerajaan sebelum ini seperti memaksa dan rakyat tiada pilihan.

“Saya harap Guan Eng akan lebih jujur pada masa hadapan. Cukuplah Guan Eng, usah lagi memperdayakan rakyat seperti mana janji manifesto anda pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lalu,” kata beliau.

http://pakdin.my/tag/ron95