KENYATAAN MEDIA – PEMBAHAGIAN KERUSI 50-50 TIDAK BENAR

KENYATAAN MEDIA

Pimpinan dan ahli UMNO di semua peringkat diminta tidak terpengaruh atau terperangkap dengan permainan politik pihak tertentu.

Semua ini adalah usaha untuk memecah-belahkan muafakat UMNO PAS yang sedang terjalin baik
dan Piagamnya akan ditanda tangani pada 14 September 2019 ini.

Berita yang disiarkan oleh Malaysiakini, kononnya, UMNO dan PAS telah bersetuju membuat pembahagian kerusi 50 -50 adalah tidak benar sama sekali.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
30.7.2019

#umnopas #umnobn