#Belanjawan2020: Kerajaan PH sendiri huru-hara, macam mana Belanjawan nak ‘wow factor’

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini disifatkan sebagai tiada “Wow Factor”.

Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, tiada banyak perkara baharu malah didakwa hanya menukar ‘kulit’ daripada perancangan kewangan yang dibuat Barisan Nasional (BN).

“Macam mana nak ada ‘wow factor’ kalau kerajaan hari ini huru-hara.

“Tiada yang baru dalam Belanjawan 2020 kali ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. – MalaysiaGazette