Peneroka Felda boikot Tun M? [Video]

Itu gambaran diberi beberapa pemimpin UMNO ekoran tular video sebahagian peneroka keluar beramai-ramai semasa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Insiden itu berlaku semasa Perdana Menteri berucap merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019 di Felda Selancar 3 di Rompin hari ini.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan dalam status media sosialnya turut memuatnaik video yang bertajuk ‘Peneroka Felda Boikot Mahathir’ hari ini.

“Peneroka Felda Merana! Ini adalah reaksi mereka terhadap kerajaan PH yang terbukti gagal menjaga kebajikan rakyat terutamanya golongan peneroka,” tulis Zahida.

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/Gg6J1tlLmKs

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/J0n8C9RLMgA

Nota kaki: Kata mereka Melayu kena beraDAP hormati pemimpin.. Ya, pemimpin kena ikut ajaran Islam.. jangan mungkir janji dan jadi munafik.