Penyampaian watikah pengerusi gugusan UMNO Bahagian Hulu Selangor

Majlis penyampaian watikah kepada pengerusi-pengerusi gugusan Umno Bahagian Hulu Selangor disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Ahmad Nadzari bin Ahmad Dahlan.

Majlis penyampaian dihadiri oleh ketua-ketua cawangan UMNO dan ahli jawatankuasa Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Ketua Bahagian, Datuk Ahmad Nadzari menyeru semua Pengerusi yang dilantik dapat melaksanakan tanggungjawab bagi memperkukuhkan parti dengan kerjasama seluruh ketua cawangan dan ahli jawatankuasanya.

Pengerusi-pengerusi gugusan memainkan peranan penting dalam perhubungan antara bahagian dan cawangan dan menjadi nadi penting kearah memantapkan sokongan terhadap parti dalam menghadapi dan ketika pilihanraya sehingga ke akar umbi.