PTPTN: Pemohonan maaf Pengerusi, bukti PH gagal dan rakyat tertipu

Bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah membidas pengerusi sekarang Wan Saiful Wan Jan kerana mengambil sikap mudah dengan memohon maaf selepas gagal melaksanakan mekanisma membolehkan peminjam membayat pinjaman selepas bergaji RM4,000.

Apatah lagi sebelum ini, Wan Saiful dan pemimpin PH lain menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana kegagalan itu sedangkan segala usaha dan kajian sudah dilakukan bagi melaksanakan proses itu.

Berikut kenyataan Shamsul Anuar yang kini Ketua Penerangan UMNO:

1. Berjanji, gagal laksana kemudian minta maaf. Senang sangat memerintah kalau macam ni. Kemudian menyalahkan Kerajaan BN kerana kegagalan itu. Sedangkan mereka sendiri yang lemah.

2. Saya nak bagi tau Wan Saiful, bahawa sejak dulu lagi yakni sebelum Kerajaan PH memerintah PTPTN sudah tahu bahawa sukar untuk melaksanakan polisi memulakan bayaran di tangga gaji RM4000.

3. PTPTN sudah lama mengkaji perkara ini. Waktu BN mengendalikan PTPTN kita sudah menghantar pegawai keluar negara mengkaji pelbagai perkara termasuk cadangan ini. Jadi PTPTN sudah tahu ianya sukar kerana membebankan PTPTN. N

4. Namun, dengan hebatnya Pengerusi PTPTN Kerajaan PH umumkan akan lakukan reformasi pada PTPTN. Saya pun teruja juga mahu mengikutinya sebab mungkin ada idea baik yang akan Wan Saiful bawa gagal saya lakukan sewaktu saya mengendalikan PTPTN. Namun ” permohonan maaf ” yang kita dengar hari ini.

5. Sebenar saya ingin bagi tahu. Wan Saiful hanya minta Pengurusan dan Pegawai PTPTN mengkaji manifesto PH berkaitan PTPTN. Justeru itu ia ” gagal dilaksana ” sebab jawapan tidak boleh itu sudah ada sejak saya jadi pengerusi lagi kerana PTPTN telah lama mengkaji perkara ini.

6. Saya ingin nyatakan bahawa diwaktu BN mengendalikan PTPTN. PTPTN telah kearah menjadi ” badan pembiaya pendidikan utama ” di Malaysia. Pelbagai Jabatan dan agensi yang menyediakan dana pinjaman pendidikan mendapat khidmat nasihat dan bekerjasama dengan PTPTN.

7. Malah pelbagai negara luar telah datang mengkaji apa yang PTPTN lakukan dan mereka meminta bantuan dan pandangan PTPTN bagimana mahu laksanakan apa yang PTPTN lakukan termasuk mengenai  Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPNi ). Ini menunjukan segala polisi dan dasar PTPTN adalah baik. Namun saya tidak nafikan penambahbaikan perlu dibuat.

8. Sehingga hari ini pada saya tiada suatu dasar baru yang jelas Wan Saiful lakukan pada PTPTN. Di zaman BN kita lakukan pelbagai pendekatan dan saya ingat pelbagai sesi Sidang Meja Bulat PTPTN lakukan dengan pelbagai pihak. Kita punyai banyak cadangan dan semua dikaji oleh PTPTN. Sebab itu, PTPTN semasa BN hanya laksanakan yang baik untuk semua rakyat sahaja kerana kita mahu menjaga semua kelompok dan golongan.

9. Jadi memang baik meminta maaf. Namun pelajar dan rakyat yang mengundi PH kerana yang tengaruh dengan janji PH tetap ditipu.

Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah
Ketua Penerangan UMNO