Semua pihak harus menunjukkan solidariti di saat UMNO dan pemimpinnya sedang diuji – Ketua Wanita

Kenyataan Media Datuk Dr Noraini Ahmad,

1. Semua ahli UMNO diminta agar bertenang dan terus istiqamah bersama parti dalam perjuangan memenangi semula keyakinan rakyat.

2. Pada masa yang sama, semua ahli juga mesti berfikiran positif dan bersikap rasional dalam apa juga keadaan.

3. Ini termasuklah dalam isu memberi layanan adil sejajar dengan prinsip ‘innocent until proven guilty’ kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

4. Janganlah ahli-ahli UMNO bertindak mengikut emosi dan biarlah proses perundangan berjalan dengan adil, telus dan tanpa prejudis di mahkamah.

5. Wanita UMNO berharap apa yang berlaku tidak mematahkan semangat perjuangan ahli-ahli parti.

6. Jangan sampai fokus dan tumpuan kita ke arah memulih dan memperkasakan semula parti keramat ini terjejas dan teralih susulan penangkapan dan pendakwaan ke atas Presiden parti.

7. Sehubungan itu, semua pihak harus menunjukkan solidariti di saat UMNO dan pemimpinnya sedang diuji.

Dato Dr Noraini Ahmad
Ketua Wanita UMNO Malaysia
25hb Oktober 2018