Situasi UMNO di Sabah

KENYATAAN MEDIA
PRESIDEN UMNO

1. Apa yang berlaku di Sabah merupakan satu tindakan yang dijangka dan ini tidak sama sekali melemahkan perjuangan UMNO yang telah banyak menabur jasa kepada anak negeri itu.

2. Kemasukan UMNO ke Sabah pada tahun 1991, telah merubah kedudukan sosioekonomi negeri itu dan sudah tentu parti Rumpun Melayu akan meneruskan pembelaan berkenaan.

3. Untuk itu, perlu diperjelaskan bahawa UMNO Sabah tidak terbubar walapun ada pemimpin negeri itu yang keluar parti.

4. Tindakan segera akan dilakukan bagi menyusun dan merombak Badan Perhubungan UMNO Sabah. UMNO juga bersedia dengan pelan penggantian di peringkat bahagian sebagaimana terkandung dalam Fasal 15.7 dan Fasal 15.8 Perlembagaan UMNO.

5. Fasal 15 dalam Perlembagaan UMNO itu berhubung jawatankuasa bahagian, di mana jika KUB berhenti atau diberhentikan maka TKUB akan memangku jawatan itu dan jika Pemangku Ketua berhenti atau diberhentikan maka jawatankuasa bolehlah melantik salah seorang Naib Ketua untuk memangku jawatan tersebut sehingga diadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian mengikut Fasal 15.3.

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO
12.12.2018