Terbuka Tembelang DAP Kenapa Mereka Mendesak Supaya Bersetuju Dengan ICERD

Laman web rasmi DAP keluarkan kenyataan rasmi yang mengandungi dalil2 DAP harus menyokong ICERD…

Kenyataan itu telah di keluarkan oleh Chow Yu Hui yang merupakan ADUN Tras dan Chiong Yoke Kong yang merupakan ADUN Tanah Rata…

Dalam kenyataan itu, mereka menggariskan hujah2 mereka kenapa DAP harus menyokong ICERD…

Malangnya, hujah2 yang di paparkan adalah sangat menyedihkan kerana ia seperti sebuah serangan ke atas Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang telah lama di peluk oleh orang Melayu dan Bumiputera yang lain…

Meskipun isinya tidak mengambarkan serangan secara terus, namun bait2 kata dalamnya mengarah ke arah Perkara 153…

Tak percaya?

Mari hayati artikel yang mereka tulis…

Kita telusuri setiap maksud yang cuba lemparkan dalam dalil2 mereka tersendiri kenapa ICERD harus di sokong dan di ratifikasikan…

Petikan Artikel :

Dalam Deklarasi Setapak, pendirian DAP adalah sangat tegas dan kukuh bahawa warganegara Malaysia tidak harus di asingkan dengan label “bumiputera” dan “bukan bumiputera”…


Kenapa Deklarasi Setapak di sebut dalam dalil DAP untuk menyokong ICERD…

Jawapannya sudah tentu apabila label bumiputera di buang daripada rakyat Malaysia, maka secara tidak langsung, segala hak dalam 153 yang termaktub dalam perlembagaan akan hilang…

Ini bukan isu perkauman tetapi isu perlembagaan dan kontrak sosial kita serta perlindungan terhadap pelbagai institusi antaranya MARA, UiTM, Askar Melayu Di Raja dan hak2 mereka di Sabah dan Sarawak…

Dua ahli YB DAP mengeluarkan kenyataan yang di naikkan di laman web rasmi DAP menegaskan Deklarasi Setapak yang jadi kerangka ideologi perjuangan  mereka pada tahun 1967 perlu di teruskan…

Apakah kenyataan umum dua ahli YB DAP ini, merupakan juga pendirian rasmi Menteri Kewangan dan bapanya yang sudah menjadi kerajaan hari ini???

Setelah lebih 6 dekad merdeka dan hidup di dalam keadaan aman damai di antara semua kaum di Malaysia, apakah masih relevan lagi Deklarasi Setapak yang sangat tegas dan kukuh bahawa gelaran “bumiputera” mesti di mansuhkan!!!