TIADA APA YANG BOLEH DIBANGGAKAN dengan resolusi Di Kongres Maruah Melayu*

Pastinya kita nampak resolusi yang dibawa tidak memberi kesan positif untuk mengembalikan martabat dan maruah melayu keseluruhannya. Kita mengharapkan resolusi yang dibawa dapat memartabatkan Melayu tetapi sebaliknya.

Ramai yang hadir pulang dengan hampa kerana menganggap TUN M hanya ingin menunjukkan kuasanya sahaja dengan mengumpulkan ramai orang melayu dan pemimpin melayu yang konon beliau sangat mengambil berat tentang maruah Melayu dan mahu mengembalikan Maruah Melayu.

Sebagai Anak muda, saya melahirkan rasa kekecewaan tentang respon Tun M yang langsung tidak mengupas pandangan Anak muda malahan mencemuh Anak muda yang terlalu memilih pekerjaan. Tun M juga mengatakan Melayu Pemalas. Penghinaan demi penghinaan, kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut Tun seorang Perdana Menteri yang berbangsa Melayu. Adakah Tun M seorang sahaja yang tidak malas?

TUN M sebenarnya bukan mahu memartabatkan Melayu tetapi sebaliknya hanya mahu menjatuhkan lagi maruah Melayu dalam *KONGRES MARUAH MELAYU*

Secara keseluruhannya *KONGRES MARUAH MELAYU TIDAK DAPAT MENANDINGI PERHIMPUNAN UMMAH* yang dianjurkan oleh UMNO dan PAS yang jauh lebih baik dengan menunjukkan hala tuju yang lebih jelas.

#puteribangkit
#Voiceofputeri

*Widia Wati Abuzar*
Exco Puteri UMNO Malaysia
Ketua Puteri UMNO Negeri Selangor