UMNO Bahagian Hulu Selangor: Bicara bersama DS Ismail Sabri Yaakob

Dato Seri Ismail Sabri Naib Presiden UMNO Malaysia dan Pengerusi Perhubungan Selangor menyentuh mengenai punca ahli UMNO terkeliru dengan Isu-isu semasa.

Kerajaan Pakatan Harapan sekarang lemah dan dasar mereka yang tidak jelas. Kehidupan rakyat makin terhimpit dengan kejatuhan ekonomi kenaikan kadar inflasi dan penurunan harga getah, kelapa sawit, nilai Ringgit dan sebagainya.

Bagi mengalih kegagalan mereka menyalahkan pentadbiran negara terdahulu di samping berusaha melemahkan semangat dan mengelirukan ahli UMNO supaya berpecah.

Tambah beliau apa yang dilakukan telah berjaya mengelirukan kalangan UMNO semua peringkat.

UMNO mengikut prinsip perundangan yang sebenar semasa memerintah dan bagi mengelak sebarang konflik pentadbiran maka pemimpin yang di dakwa diminta berehat dari jawatan.

Berbeza dengan rejim PH sekarang, mereka melantik dan mempertahankan pemimpin mereka yang sudah didakwa ataupun yang telah dijatuhkan hukuman.

Beliau mengingatkan Ahli UMNO kena sedar bahawa kebanyakan pertuduhan terhadap pemimpin UMNO adalah pendakwaan politik dan berpilih.

Berbeza dengan pemimpin Pakatan Harapan yang telah didakwa telah dibebaskan.

Apa pun tindakan yang yang hendak dibuat oleh UMNO janganlah terburu-buru.

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan memberikan penekanan kepada pengurusan UMNO Bahagian Hulu Selangor yang di struktur semula dengan memberikan peluang kepada kepimpinan cawangan terlibat secara langsung bersama pengurusan UMNO Bahagian.

Ini bagi memastikan UMNO terus mantap dan dapat bergerak dengan lebih mantap dan lancar.